Solat al-Hajir adalah sebahagian daripada solat malam

TEKS BAHASA ARAB

صلاة الهجير من صلاة الليل. فسألت عبد الرحمن بن عوف عن الهجير؟ فقال: إذا زالت الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat al-Hajir adalah sebahagian daripada solat malam. Lalu aku pun bertanya kepada Abdul Rahman bin ‘Auf tentang al-Hajir. Beliau berkata : (Solat yang dilakukan) apabila matahari tergelincir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis nombor 1483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالرحمن بن عوف – رضي الله عنه – مرفوعا: ((صلاة الهجير من صلاة الليل. فسألت عبد الرحمن بن عوف عن الهجير؟ فقال: إذا زالت الشمس)).
[طب، ((الضعيفة)) (3783)]

(Sangat lemah) Daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat al-Hajir adalah sebahagian daripada solat malam. Lalu aku pun bertanya kepada Abdul Rahman bin ‘Auf tentang al-Hajir. Beliau berkata: (Solat yang dilakukan) apabila matahari tergelincir.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3783]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs