Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صلاةُ الهَجيرِ مِن صلاةِ اللَّيلِ. فسألت عبد الرحمن بن عوف عن الهجير؟ فقال: إذا زالت الشمس.
Teks Bahasa Melayu
Solat al-Hajir adalah sebahagian daripada solat malam. Lalu aku pun bertanya kepada Abdul Rahman bin ‘Auf tentang al-Hajir. Beliau berkata : (Solat yang dilakukan) apabila matahari tergelincir.
Sahabat Perawi
- Abd al-Rahman Bin ‘Auf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis no. 1483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat al-Hajir adalah sebahagian daripada solat malam. Lalu aku pun bertanya kepada Abdul Rahman bin ‘Auf tentang al-Hajir. Beliau berkata: (Solat yang dilakukan) apabila matahari tergelincir. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3783]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman