Solat al-Abrar itu adalah sebanyak dua rakaat apabila kamu masuk ke dalam rumah

TEKS BAHASA ARAB

صلاة الأوابين، أو قال: صلاة الأبرار ركعتين(!) إذا دخلت بيتك، وركعتين إذا خرجت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat al-Awwabin, atau baginda berkata: Solat al-Abrar itu adalah sebanyak dua rakaat apabila kamu masuk ke dalam rumah dan juga dua rakaat apabila kamu keluar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis nombor 1481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)عن عثمان بن أبي سوارة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((صلاة الأوابين، أو قال: صلاة الأبرار ركعتين(!) إذا دخلت بيتك، وركعتين إذا خرجت)).
[ابن المبارك، ((الضعيفة)) (3788)]

(Lemah) Daripada Uthman bin Abi Suwarah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Solat al-Awwabin, atau baginda berkata: Solat al-Abrar itu adalah sebanyak dua rakaat apabila kamu masuk ke dalam rumah dan juga dua rakaat apabila kamu keluar.
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3788]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.