Slogan orang-orang beriman ketika atas titian Sirat pada hari Kiamat adalah: 'Tuhanku, selamatkanlah! Selamatkanlah

TEKS BAHASA ARAB

شعار المؤمنين على الصراط يوم القيامة: رب سلم سلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Slogan orang-orang beriman ketika atas titian Sirat pada hari Kiamat adalah: ‘Tuhanku, selamatkanlah! Selamatkanlah!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 12, hadis nombor 118. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (2432) والحاكم (2/ 375) والخطيب في التاريخ (4/ 223/ و11/227) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 916) من طريق عبد الرحمن بن إسحاق عن النعمان بن سعد عن المغيرة بن شعبة، فذكره مرفوعا. قال الترمذي: هذا حديث غريب. لا نعرفه إلا من حديث عبد الرحمن بن إسحاق. وقال الحاكم: صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي.
قلت: وهو عجيب لا سيما من الذهبي – يرحمه الله تعالى -، فقد بدأ ترجمة عبد الرحمن بن إسحاق بقوله: ضعفوه. وساق فيه أقوال الناس، وكلها تؤيد الحكم بالضعف، هذا، فضلا عن أن مسلما لم يخرج له شيئا، ولعله اختلط عليهما بـ عبد الرحمن بن إسحاق المدني. وقال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2432), al-Hakim (2/275), al-Khatib dalam al-Tarikh (4/223 dan 11/227), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/916) melalui sanad ‘Abd al-Rahman bin Ishaq daripada al-Nu’man bin Sa’d daripada al-Mughirah bin Syu’bah, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-Tirmizi berkata: "Hadith ini gharib, tidak kami ketahuinya melainkan daripada hadith ‘Abd al-Rahman bin Ishaq". Al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat Muslim", dan dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Ianya suatu yang ajaib, terutamanya al-Zahabi Rh, beliau sendiri telah memulakan biografi ‘Abd al-Rahman bin Ishaq dengan katanya: "Mereka menilai beliau sebagai dha’if", al-Zahabi membawakan pandangan-pandangan ulama tentang ‘Abd al-Rahman. Kesemuanya menguatkan penilaian dha’if beliau. Ini dia, apalagi berkenaan Muslim yang tidak pernah mengeluarkan apa-apa hadith ‘Abd al-Rahman. Boleh jadi, al-Hakim dan al-Zahabi tertukar dengan ‘Abd al-Rahman bin Ishaq al-Madani. Ibn al-Jawzi berkata: "Hadith ini tidak sahih daripada Rasulullah SAW".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs