Siwak itu menyucikan mulut, mendatangkan keredaan Tuhan dan menerangkan penglihatan

TEKS BAHASA ARAB

السواك مطهرة للفم، مرضاة للرب، ومجلاة للبصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siwak (Sugi) itu menyucikan mulut, mendatangkan keredaan Tuhan dan menerangkan penglihatan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1213, hadis nombor 6177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: السواك مطهرة للفم، مرضاة للرب، ومجلاة للبصر.
[طس، ((الضعيفة)) (5276)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Siwak (Sugi) itu menyucikan mulut, mendatangkan keredaan Tuhan dan menerangkan penglihatan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5276]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.