Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Singkaplah buku lalimu dan berlari lari anaklah ketika tawaf

Teks Bahasa Arab

اكْشِفُوا عَنِ الْمَنَاكِبِ، وَاسْعَوْا فِي الطَّوَافِ.

Teks Bahasa Melayu

Singkaplah buku lalimu dan berlari lari anaklah ketika tawaf.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Shihab

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1642-1643, hadis no. 8305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن ابن شهاب قال: ثم خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم من العام القابل من عام الحديبية معتمراً في ذي القعدة سنة سبع، وهو الشهر الذي صده فيه المشركون عن المسجد الحرام، حتى إذا بلغ (يأجج)؛ وضع الأداة كلها: الحجف والمجان والرماح والنبل، ودخلوا بسلاح الراكب: السيوف ... فلما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ أمر أصحابه فقال: ((اكشفوا عن المناكب، واسعوا في الطواف.)) ليرى المشركون جلدهم وقوتهم. قال: وكان يكابدهم بكل ما استطاع؛ فانكفأ أهل مكة.. الرجال والنساء والصبيان ينظرون إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه وهم يطوفون بالبيت، وعبد الله بن رواحة يرتجز بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم - متوشحاً بالسيف - يقول: خَلُّوا بَنِي الْكُفَّارِ عَنْ سَبِيلِهِ *** أَنَا الشَّهِيدُ أَنَّهُ رَسُولُهُ قَدْ أنْزَلَ الرَّحْمَنُ فِي تَنْزِيلِهِ *** فِي صُحُفٍ تُتْلَى:[على] رَسُوله فَالْيَوْمَ نَضْرِبُكُمْ عَلَى تَأْوِيلِهِ *** كَمَا ضَرَبْنَاكُمْ عَلَى تَنْزِيلِهِ ضَرْبًا يُزِيلُ الْهَامَ عَنْ مَقِيلِهِ *** وَيُذْهِلُ الْخَلِيلَ عَنْ خَلِيلِهِ قال: وَتَغَيَّبَ رِجَالٌ مِنْ أَشْرَافِ الْمُشْرِكِينَ أَنْ يَنْظُرُوا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيْظًا وَحَنَقًا وَنَفَاسَةً وَحَسَدًا، خَرَجُوا إِلَى الخندمة، فَقام رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بمكة وَأَقَامَ ثلاث ليال، وكان ذلك آخر القضية يوم الحديبية. [البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (7043)].

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Ibnu Shihab, beliau berkata: Kemudian pada tahun mendatang, iaitu tahun Hudaibiyah, Rasulullah SAW keluar untuk melakukan umrah pada bulan Zulkaedah tahun ketujuh, ia merupakan bulan orang musyrik menegah daripada memasuki Masjid al-Haram, apabila Baginda tiba di Ya`jaj, Baginda pun meletakkan kesemua peralatan: perisai kulit , perisai dada, lembing dan anak panah, lalu mereka masuk dengan senjata tunggangan iaitu pedang-pedang (yang bersarung).. Ketika Rasulullah SAW tiba, Baginda memerintahkan sahabatnya sambil berkata: ((Singkaplah buku lalimu dan berlari-lari anaklah ketika tawaf))-agar orang-orang musyrik melihat ketabahan mereka dan kekuatan mereka. (Ini juga kerana) baginda sebelumnya bertahan dengan penghinaan mereka (yakni kaum Musyrikin: kerana mereka mengatakan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabatnya telah menjadi lemah disebabkan oleh demam Yathrib yang menimpa kaum Muslimin)-, kemudian penduduk Makkah mula mengerumuni. Lelaki, wanita dan kanak-kanak (warga Makkah) melihat Rasulullah SAW dan sahabatnya sedang mereka bertawaf di keliling Ka’bah. Manakala Abdullah Bin Rawahah melaungkan syair di sisi Rasulullah SAW sambil memakai pedang dan berkata: Orang-orang kafir telah membiarkan jalannya***Akulah saksi bahawa sesungguhnya Dia Rasul-Nya Al-Rahman telah menurunkan di dalam penurunannya***Di dalam lembaran yang dibacakan kepada Rasul-Nya Maka hari ini kami memberi contoh atas takwilannya***Sepertimana kami telah memberi perumpamaan ke atas penurunannya Sebuah contoh yang menghilangkan kesedihan orang yang melafazkannya***Dan yang menjadikan lupa seorang kekasih akan kekasihnya Ibnu Shihab berkata lagi: Pembesar-pembesar daripada kalangan orang musyrik melihat kepada Rasulullah SAW dengan rasa marah, benci, tercabar dan hasad. Mereka pun keluar menuju ke bukit Khandamah. Lalu Rasulullah SAW kekal bermalam di Makkah dan tinggal selama tiga malam. Itulah urusan terakhir pada hari Hudaibiyah. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7043)].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.