Simpati kepada makhluk Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حَدِيث: الشَّفَقَة على خلق الله تَعْظِيم لأمر الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Simpati kepada makhluk Allah adalah pengagungan terhadap perintah Allah.

STATUS

Ucapan Sebahagian Tokoh Tasawuf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 104, hadis nombor 277. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كَلَام بعض الْمَشَايِخ، كَمَا قَالَه عَليّ قاري.

Ucapan sesetengah tokoh tasawuf. Demikian kata ‘Ali al-Qari.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.