Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا رَأَيْتُمْ عَمُودًا أَحْمَرَ قِبَلَ الْمَشْرِقِ فِي رَمَضَانَ؛ فَادَّخِرُوا طَعَامَ سَنَتِكُمْ؛ فَإِنَّهَا سَنَةُ جُوعُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu melihat cahaya mentari merah di ufuk timur dalam bulan Ramadan, maka simpanlah makanan untuk tempoh setahun kerana ia merupakan tahun kelaparan.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1393, hadis no. 7072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada 'Ubadah bin al-Samit RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Apabila kamu melihat cahaya mentari merah di ufuk timur dalam bulan Ramadan, maka simpanlah makanan untuk tempoh setahun kerana ia merupakan tahun kelaparan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6988]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman