Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وفِّروا اللِّحى، وخذوا من الشواربِ، وانتفوا الآباطِ، واحذَروا الفلقتَينِ.
Teks Bahasa Melayu
Simpanlah janggut, potonglah misai, cabutlah bulu ketiak, dan berwaspadalah terhadap dua belahan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 92, hadis no. 471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: وفروا اللحى، وخذوا من الشوارب، وانتفوا الآباط، واحذروا الفلقتين. [طس، ((الضعيفة)) (4749)]
(Terlalu Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Simpanlah janggut, potonglah misai, cabutlah bulu ketiak, dan berwaspadalah terhadap dua belahan.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4749]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman