Sikap yang disukai dan sikap yang dibenci oleh Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌‌خلقان يحبهما الله، وخلقان يبغضهما الله، فأما اللذان يحبهما الله فالسخاء والسماحة، وأما اللذان يبغضهما الله فسوء الخلق والبخل، وإذا أراد الله بعبد خيرا استعمله على قضاء حوائج الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua sikap yang disukai oleh Allah dan dua sikap yang dibenci oleh Allah. Adapun dua sikap yang disukai oleh Allah adalah sikap pemurah dan bertolak ansur manakala dua sikap yang dibenci oleh Allah adalah akhlak yang buruk dan juga kedekut. Sekiranya Allah ingin mengurniakan kebaikan buat hamba-Nya, nescaya Allah menjadikannya (sebagai pembantu) untuk memenuhi hajat-hajat manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis nombor 83. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌‌موضوع) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((خلقان يحبهما الله، وخلقان يبغضهما الله، فأما اللذان يحبهما الله فالسخاء والسماحة، وأما اللذان يبغضهما الله فسوء الخلق والبخل، وإذا أراد الله بعبد خيرا استعمله على قضاء حوائج الناس)).
[هب، فر، الأصبهاني، ((المنتقى من حديث أبي بكر بن سليمان الفقيه))، ((الضعيفة)) (1706)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua sikap yang disukai oleh Allah dan dua sikap yang dibenci oleh Allah. Adapun dua sikap yang disukai oleh Allah adalah sikap pemurah dan bertolak ansur manakala dua sikap yang dibenci oleh Allah adalah akhlak yang buruk dan juga kedekut. Sekiranya Allah ingin mengurniakan kebaikan buat hamba-Nya, nescaya Allah menjadikannya (sebagai pembantu) untuk memenuhi hajat-hajat manusia.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Asbahani, al-Muntaqa min Hadis Abu Bakar bin Sulaiman al-Faqih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1706]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.