Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُلُقَان يُحِبُّهما الله، وخُلُقانِ يُبْغِضُهما الله، فأما اللذان يُحبُّهما الله فالسخاء والسماحةُ، وأما اللذان يُبغضهما الله فسوء الخلقِ والبُخلِ، وإذا أرادَ الله بعبدٍ خيرا استَعْمَلَه على قضاءِ حَوائجِ الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua sikap yang disukai oleh Allah dan dua sikap yang dibenci oleh Allah. Adapun dua sikap yang disukai oleh Allah adalah sikap pemurah dan bertolak ansur manakala dua sikap yang dibenci oleh Allah adalah akhlak yang buruk dan juga kedekut. Sekiranya Allah ingin mengurniakan kebaikan buat hamba-Nya, nescaya Allah mengabulkan semua hajat hamba-hamba-Nya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis no. 83. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((خلقان يحبهما الله، وخلقان يبغضهما الله، فأما اللذان يحبهما الله فالسخاء والسماحة، وأما اللذان يبغضهما الله فسوء الخلق والبخل، وإذا أراد الله بعبد خيرا استعمله على قضاء حوائج الناس)). [هب، فر، الأصبهاني، ((المنتقى من حديث أبي بكر بن سليمان الفقيه))، ((الضعيفة)) (1706)]
(Palsu) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua sikap yang disukai oleh Allah dan dua sikap yang dibenci oleh Allah. Adapun dua sikap yang disukai oleh Allah adalah sikap pemurah dan bertolak ansur manakala dua sikap yang dibenci oleh Allah adalah akhlak yang buruk dan juga kedekut. Sekiranya Allah ingin mengurniakan kebaikan buat hamba-Nya, nescaya Allah menjadikannya (sebagai pembantu) untuk memenuhi hajat-hajat manusia [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Asbahani, al-Muntaqa min Hadis Abu Bakar bin Sulaiman al-Faqih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1706]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman