TEKS BAHASA ARAB
السماح رباح، والعسر شؤم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sikap tolak ansur adalah suatu keuntungan. Manakala, sikap menyusahkan adalah suatu keburukan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis nombor 87. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((السماح رباح، والعسر شؤم)).
[فر، القضاعي، ((الضعيفة)) (1557)]
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sikap tolak ansur adalah suatu keuntungan. Manakala, sikap menyusahkan adalah suatu keburukan.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1557]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.