Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السماحُ رباحٌ، والعُسرُ شُؤْمٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sikap tolak ansur adalah suatu keuntungan. Manakala, sikap menyusahkan adalah suatu keburukan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis no. 87. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((السماح رباح، والعسر شؤم)). [فر، القضاعي، ((الضعيفة)) (1557)]
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sikap tolak ansur adalah suatu keuntungan. Manakala, sikap menyusahkan adalah suatu keburukan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1557]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman