Sikap lemah lembut adalah kemuncak kebijaksanaan

TEKS BAHASA ARAB

الرفق رأس الحكمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sikap lemah lembut adalah kemuncak kebijaksanaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis nombor 86. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جرير بن عبدالله – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((الرفق رأس الحكمة)).
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، القضاعي، ((الضعيفة)) (1574)]

(Lemah) Daripada Jarir bin Abdullah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sikap lemah lembut adalah kemuncak kebijaksanaan.
[Riwayat al-Khara’ithi dalam Makarim al-Akhlak, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1574]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.