Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرِّفقُ رَأسُ الحِكمةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sikap lemah lembut adalah kemuncak kebijaksanaan.
Sahabat Perawi
- Jarir bin Abdullah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis no. 86. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جرير بن عبدالله - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((الرفق رأس الحكمة)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، القضاعي، ((الضعيفة)) (1574)]
(Daif) Daripada Jarir bin Abdullah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sikap lemah lembut adalah kemuncak kebijaksanaan. [Riwayat al-Khara’ithi dalam Makarim al-Akhlak, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1574]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman