Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sikap berlengah-lengah itu ialah bayangan syaitan yang dia campakkan ke dalam hati orang-orang mukmin

Teks Bahasa Arab

التسويفُ شعاعُ الشيطانِ يلْقِيه في قلوبِ المؤمنينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sikap berlengah-lengah itu ialah bayangan syaitan yang dia campakkan ke dalam hati orang-orang mukmin.

Sahabat Perawi

  1. Abdul Rahman bin 'Awf RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis no. 2425.

(موضوع) عن أبي سلمة عن أبيه - رضي الله عنه - رفعه: «التسويف شعاع الشيطان يلقيه في قلوب المؤمنين». [عد، فر، «الضعيفة» (1360)].

(Palsu) Daripada Abu Salamah, daripada ayahnya (Abdul Rahman bin 'Awf) RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi ﷺ) : “Sikap berlengah-lengah itu ialah bayangan syaitan yang dia campakkan ke dalam hati orang-orang mukmin.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1360].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.