TEKS BAHASA ARAB
الرفق فيه الزيادة والبركة، ومن يحرم الرفق يحرم الخير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sikap berlemah lembut membuahkan penambahan (kebaikan) dan keberkatan. Sesiapa yang terhalang dari memiliki sikap lemah lembut maka telah terhalang kebaikan (buat dirinya).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 65, hadis nombor 298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جرير – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الرفق فيه الزيادة والبركة، ومن يحرم الرفق يحرم الخير)). [طب، ((الضعيفة)) (3676)].
(Lemah)
Daripada Jarīr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sikap berlemah lembut membuahkan penambahan (kebaikan) dan keberkatan. Sesiapa yang terhalang dari memiliki sikap lemah lembut maka telah terhalang kebaikan (buat dirinya).))
[Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3676].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.