Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرِّفقُ فيه الزِّيادةُ والبرَكةُ، ومَن يُحرَمِ الرِّفقَ يُحرَمِ الخيرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sikap berlemah lembut membuahkan penambahan (kebaikan) dan keberkatan. Sesiapa yang terhalang dari memiliki sikap lemah lembut maka telah terhalang kebaikan (buat dirinya).
Sahabat Perawi
- Jarīr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 65, hadis no. 298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جرير - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الرفق فيه الزيادة والبركة، ومن يحرم الرفق يحرم الخير)). [طب، ((الضعيفة)) (3676)].
(Daif) Daripada Jarīr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sikap berlemah lembut membuahkan penambahan (kebaikan) dan keberkatan. Sesiapa yang terhalang dari memiliki sikap lemah lembut maka telah terhalang kebaikan (buat dirinya).)) [Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3676].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman