TEKS BAHASA ARAB
لا ينفع حذر من قدر، والدعاء ينفع ما لم ينزل القضاء، وإن البلاء والدعاء ليلتقيان بين السماء والأرض، فيعتلجان إلى يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sikap berhati-hati tidak mampu memberikan manfaat terhadap sesuatu taqdir dan doa pula boleh memberikan manfaat terhadap qada yang belum terjadi. Sesungguhnya bala dan doa itu benar-benar akan bertemu antara langit dan bumi, kedua-duanya saling bertarung (untuk menjadi yang paling cepat) hinggalah hari Kiamat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1398, hadis nombor 7092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا ينفع حذر من قدر، والدعاء ينفع ما لم ينزل القضاء، وإن البلاء والدعاء ليلتقيان بين السماء والأرض، فيعتلجان إلى يوم القيامة.
[البزار، ك، طس، خط، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6764)]
(Sangat lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sikap berhati-hati tidak mampu memberikan manfaat terhadap sesuatu taqdir dan doa pula boleh memberikan manfaat terhadap qada yang belum terjadi. Sesungguhnya bala dan doa itu benar-benar akan bertemu antara langit dan bumi, kedua-duanya saling bertarung (untuk menjadi yang paling cepat) hinggalah hari kiamat.
[Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, dan al-Tabarani dalam al-Du'a'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6764]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.