Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا ينفعُ حَذَرٌ من قَدَرٍ، والدعاءُ ينفعُ ما لم ينزلِ القضاءُ، وإنَّ البلاءَ والدعاءَ ليلتقيانِ بينَ السماءِ والأرضِ فيعتلجانِ إلى يومِ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sikap berhati-hati tidak mampu memberikan manfaat terhadap sesuatu taqdir dan doa pula boleh memberikan manfaat terhadap qada yang belum terjadi. Sesungguhnya bala dan doa itu benar-benar akan bertemu antara langit dan bumi, kedua-duanya saling bertarung (untuk menjadi yang paling cepat) hinggalah hari Kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1398, hadis no. 7092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا ينفع حذر من قدر، والدعاء ينفع ما لم ينزل القضاء، وإن البلاء والدعاء ليلتقيان بين السماء والأرض، فيعتلجان إلى يوم القيامة. [البزار، ك، طس، خط، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6764)]
(Sangat lemah) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sikap berhati-hati tidak mampu memberikan manfaat terhadap sesuatu taqdir dan doa pula boleh memberikan manfaat terhadap qada yang belum terjadi. Sesungguhnya bala dan doa itu benar-benar akan bertemu antara langit dan bumi, kedua-duanya saling bertarung (untuk menjadi yang paling cepat) hinggalah hari kiamat. [Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, dan al-Tabarani dalam al-Du'a'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6764]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman