Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأَمانةُ تَجُرُّ الرِّزقَ، و الخِيانةُ تجرُّ الفَقرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sikap amanah itu mendatangkan rezeki manakala sikap khianat itu mendatangkan kefakiran (kemiskinan).
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis no. 72. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الأمانة تجر الرزق، والخيانة تجر الفقر)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (1590)]
(Daif) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sikap amanah itu mendatangkan rezeki manakala sikap khianat itu mendatangkan kefakiran (kemiskinan). [Riwayat al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1590]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman