Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صِفَتي أحمدُ المتوكِّلُ، ليس بفظٍّ ولا غليظٍ، يجزي بالحسنةِ الحسنةَ، ولا يكافئُ بالسيئةِ، مولدُه بمكةَ، ومُهاجرُه طَيبةُ، وأُمَّتُه الحمَّادون، يأتزِرون على أنصافِهم، ويوُضِّؤون أطرافَهم، أناجيلُهم في صدورِهم، يَصفّون للصلاةِ كما يصفُّون للقتالِ، قربانُهم الذي يتقرَّبون به إليَّ دعاؤُهم، رُهبانٌ باللَّيلِ لُيوثٌ بالنَّهارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sifatku (sebagaimana dalam kitab-kitab terdahulu) adalah bernama Ahmad, seorang yang bertawakal, bukan seorang yang kasar juga tidak sopan, membalas kebaikan dengan kebaikan dan tidak membalas dengan kejahatan. Kelahirannya di Makkah, tempat hijrahnya adalah Taibah, umatnya pula adalah orang-orang yang banyak memuji, mereka berpakaian sederhana, berwuduk pada hujung anggota mereka, injil-injil (wahyu) mereka berada dalam dada-dada mereka, mereka membuat barisan untuk solat seperti mereka membuat barisan untuk berperang, mereka menggunakan doa mereka untuk mendekatkan diri kepadaku, mereka adalah rahib pada waktu malam dan singa pada waktu siang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1204 - 1205, hadis no. 6122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: صفتي أحمد المتوكل، ليس بفظ ولا غليظ، يجزي بالحسنة الحسنة، ولا يكافئ بالسيئة، مولده بمكة، ومهاجره طيبة، وأمته الحمادون، يأتزرون على أنصافهم، ويوضؤون أطرافهم، أناجيلهم في صدورهم، يصفون للصلاة كما يصفون للقتال، قربانهم الذي يتقربون به إلي دعاؤهم، رهبان بالليل ليوث بالنهار. [طب، ((الضعيفة)) (3770)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA secara marfu': Sifatku (sebagaimana dalam kitab-kitab terdahulu) adalah bernama Ahmad, seorang yang bertawakal, bukan seorang yang kasar juga tidak sopan, membalas kebaikan dengan kebaikan dan tidak membalas dengan kejahatan. Kelahirannya di Makkah, tempat hijrahnya adalah Taibah, umatnya pula adalah orang-orang yang banyak memuji, mereka berpakaian sederhana, berwuduk pada hujung anggota mereka, injil-injil (wahyu) mereka berada dalam dada-dada mereka, mereka membuat barisan untuk solat seperti mereka membuat barisan untuk berperang, mereka menggunakan doa mereka untuk mendekatkan diri kepadaku, mereka adalah rahib pada waktu malam dan singa pada waktu siang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3770]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman