Sifatku (namaku) Ahmad (yang terpuji) al-Mutawakkil (yang hanya bergantung kepada Allah dan tidak kepada makhluk)

TEKS BAHASA ARAB

صفتي أحمد المتوكل، ليس بفظ ولا غليظ، يجزي بالحسنة الحسنة، ولا يكافىء بالسيئة، مولده بمكة، ومهاجره طيبة، وأمته الحمادون، يأتزرون على أنصافهم، ويوضؤون أطرافهم، أناجيلهم في صدورهم، يصفون للصلاة كما يصفون للقتال، قربانهم الذي يتقربون به إلي دعاؤهم، رهبان بالليل ليوث بالنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sifatku (namaku) Ahmad (yang terpuji) al-Mutawakkil (yang hanya bergantung kepada Allah dan tidak kepada makhluk), tidak garang dan tidak pemarah, membalas kebaikan dengan kebaikan dan tidak membalas dengan kejahatan, tempat lahirnya di Mekah, dan tempat hijrahnya adalah Taybah (Madinah), umatnya sentiasa bertahmid, mereka memakai kain sehingga ke separuh betis mereka, dan mereka berwuduk hingga ke pangkal-pangkal (anggota wuduk:yakni melebihkan basuhan), kitab suci mereka (Qur’an) dalam hati mereka (mereka menghafalnya), (apabila) mereka membuat saf untuk solat (dalam keadaan sangat tersusun seakan-seakan) mereka membuat saf dalam perang, mereka persembahkan korban mereka yang mereka jadikan wasilah untuk mendekatkan mereka kepada-Ku dengan doa mereka, mereka adalah golongan yang kuat beribadat pada tengah malam dan (berani) seperti singa pada siang hari (dalam peperangan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 612, hadis nombor 3181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله ابن مسعود -رضي الله عنه – مرفوعاً: ((صفتي أحمد المتوكل، ليس بفظ ولا غليظ، يجزي بالحسنة الحسنة، ولا يكافىء بالسيئة، مولده بمكة، ومهاجره طيبة، وأمته الحمادون، يأتزرون على أنصافهم، ويوضؤون أطرافهم، أناجيلهم في صدورهم، يصفون للصلاة كما يصفون للقتال، قربانهم الذي يتقربون به إلي دعاؤهم، رهبان بالليل ليوث بالنهار)). [طب، ((الضعيفة)) (3770)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sifatku (namaku) Ahmad (yang terpuji) al-Mutawakkil (yang hanya bergantung kepada Allah dan tidak kepada makhluk), tidak garang dan tidak pemarah, membalas kebaikan dengan kebaikan dan tidak membalas dengan kejahatan, tempat lahirnya di Mekah, dan tempat hijrahnya adalah Taybah (Madinah), umatnya sentiasa bertahmid, mereka memakai kain sehingga ke separuh betis mereka, dan mereka berwuduk hingga ke pangkal-pangkal (anggota wuduk:yakni melebihkan basuhan), kitab suci mereka (Qur’an) dalam hati mereka (mereka menghafalnya), (apabila) mereka membuat saf untuk solat (dalam keadaan sangat tersusun seakan-seakan) mereka membuat saf dalam perang, mereka persembahkan korban mereka yang mereka jadikan wasilah untuk mendekatkan mereka kepada-Ku dengan doa mereka, mereka adalah golongan yang kuat beribadat pada tengah malam dan (berani) seperti singa pada siang hari (dalam peperangan).))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3770].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs