Sifat pemurah itu ibarat satu pohon di dalam syurga yang dahannya di atas muka bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السخاء شجرة في الجنة، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى الجنة، والبخل شجرة في النار، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sifat pemurah itu ibarat satu pohon di dalam syurga yang dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke syurga. Manakala sifat bakhil pula ibarat satu pohon di dalam neraka, dan dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis nombor 311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
((‌السخاء ‌شجرة ‌في ‌الجنة، ‌وأغصانها ‌في ‌الأرض، ‌فمن ‌تعلق ‌بغصن ‌منها ‌جره ‌إلى ‌الجنة، ‌والبخل ‌شجرة ‌في ‌النار، ‌وأغصانها ‌في ‌الأرض، ‌فمن ‌تعلق ‌بغصن ‌منها ‌جره ‌إلى ‌النار)). روي من حديث جابر، وأبي هريرة، وأبي سعيد الخدري -رضي الله عنهم-.))
[حل، خط، ((الضعيفة)) (‌‌3892)]

(Lemah)
Diriwayatkan daripada hadis Jābir, Abū Hurayrah, dan Abū Sa‘īd al-Khudrī RA: “Sifat pemurah itu ibarat satu pohon di dalam syurga yang dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke syurga. Manakala sifat bakhil pula ibarat satu pohon di dalam neraka, dan dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke neraka.”
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3892).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.