Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السخاءُ شجرةٌ في الجنةِ، وأغصانُها في الأرضِ، فمن تَعَلَّقَ بغُصْنٍ منها جَرَّهُ إلى الجنةِ، والبُخْلُ شجرةٌ في النارِ، وأغصانُها في الأرضِ، فمن تَعَلَّقَ بغُصْنٍ منها جَرَّهُ إلى النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sifat pemurah itu ibarat satu pohon di dalam syurga yang dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke syurga. Manakala sifat bakhil pula ibarat satu pohon di dalam neraka, dan dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- Abu Sa'id al-Khudri RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis no. 311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) ((السخاء شجرة في الجنة، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى الجنة، والبخل شجرة في النار، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى النار)). روي من حديث جابر، وأبي هريرة، وأبي سعيد الخدري -رضي الله عنهم-.)) [حل، خط، ((الضعيفة)) (3892)]
(Daif) Diriwayatkan daripada hadis Jābir, Abū Hurayrah, dan Abū Sa‘īd al-Khudrī RA: “Sifat pemurah itu ibarat satu pohon di dalam syurga yang dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke syurga. Manakala sifat bakhil pula ibarat satu pohon di dalam neraka, dan dahannya di atas muka bumi. Maka sesiapa yang bergantung pada dahannya, ia akan membawanya ke neraka.” [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3892).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman