TEKS BAHASA ARAB
السخاء شجرة في الجنة، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى الجنة، والبخل شجرة في النار، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sifat pemurah itu ibarat pohon di syurga yang dahannya di dunia, sesiapa yang bergantung kepada salah satu dahannya maka ia akan membawanya ke syurga. Sifat kedekut pula ibarat pohon di neraka yang dahannya di dunia. Sesiapa yang bergantung kepada salah satu dahannya maka ia akan membawanya ke neraka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 881, hadis nombor 4523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) (السخاء شجرة في الجنة، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى الجنة، والبخل شجرة في النار، وأغصانها في الأرض، فمن تعلق بغصن منها جره إلى النار). روي من حديث جابر، وأبي هريرة، وأبي سعيد الخدري. [حل، خط، ((الضعيفة)) (3892)]
(Lemah)
"Sifat pemurah itu ibarat pohon di syurga yang dahannya di dunia, sesiapa yang bergantung kepada salah satu dahannya maka ia akan membawanya ke syurga. Sifat kedekut pula ibarat pohon di neraka yang dahannya di dunia. Sesiapa yang bergantung kepada salah satu dahannya maka ia akan membawanya ke neraka.” Diriwayatkan dari hadis Jabir, Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3892]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.