Sifat malu itu ialah sebahagian daripada iman

TEKS BAHASA ARAB

كنا عند عمر بن عبد العزيز فذكر عنده الحياء فقال: الحياء من الإيمان. فقال عمر: بل هو الدين كله. فقال: إياس: حدثني أبي عن جدي قال: كُنَّا عِنْدَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذُكِرَ عِنْدَهُ الْحَيَاءُ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ الْحَيَاءُ مِنَ الدِّينِ؟ فَقَالَ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بَلْ هُوَ الدِّينُ كُلُّهُ ثم قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: إِنَّ الْحَيَاءَ وَالْعَفَافَ وَالْعِيَّ عن اللِّسَانِ لا عِيَّ الْقَلْبِ وَالْعَمَلَ مِنَ الإِيمَانِ وَإِنَّهُنَّ يَزِدْنَ فِي الآخِرَةِ، وَيُنْقِصْنَ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا يَزِدْنَ فِي الآخِرَةِ أَكْثَرُ مِمَّا يُنْقِصْنَ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّ الشُّحَّ والفُحشَ وَالْبَذَاءَ مِنَ النِّفَاقِ وَإِنَّهُنَّ يَزِدْنَ فِي الدُّنْيَا، وَيُنْقِصْنَ مِنَ الآخِرَةِ وَمَا يُنْقِصْنَ فِي الآخِرَةِ أَكْثَرُ مِمَّا يَزِدْنَ فِي الدُّنْيَا. قال إياس: أمرني عمر بن عبد العزيز، فأمليتها عليه فكتبها بخطه ثم صلى بنا الظهر والعصر وهي في كمه ما يضعها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami berada bersama dengan ‘Umar ibn ‘Abd al-Azīz, lalu disebutkan di sisi beliau tentang sifat malu. Kemudian dia berkata: Sifat malu itu ialah sebahagian daripada iman. Lalu ‘Umar berkata: Bahkan sifat malu itu ialah agama secara keseluruhannya. Maka Iyās berkata: Bapaku telah menceritakan kepada aku daripada datuk ku, beliau berkata: Kami bersama dengan Nabi SAW lalu disebutkan tentang sifat malu di sisi Baginda SAW. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah sifat malu itu sebahagian daripada agama? Maka Nabi SAW telah bersabda: Bahkan iman ialah agama secara keseluruhannya. Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya perasaan malu, menjaga kehormatan diri dan kelemahan bertutur datang dari lidah bukan kelemahan hati. Beramal itu merupakan sebahagian daripada keimanan. Sesungguhnya ia menambahkan( pahala) di akhirat dan mengurangkan (ganjaran) daripada dunia. Perkara yang menambahkan pada akhirat adalah lebih banyak dari apa yang mengurangkan pada dunia. Sesungguhnya sifat kedekut, keji, dan ucapan yang kotor merupakan sebahagian daripada sifat munafik. Sifat akan menambahkan (habuan) pada dunia namun mengurangkan (pahala) di akhirat. Perkara yang mengurangkan pada akhirat lebih banyak daripada perkara yang menambahkan pada dunia. Iyas menceritakan: Umar ‘Abdul ‘Aziz telah memerintahkan aku menyampaikan hadith ini kepada beliau. Maka aku tuliskan hadith ini kepada beliau dan kemudian beliau menulis sendiri hadis tersebut. Kemudian beliau solat Zohor dan Asar bersama kami dalam keadaan kertas itu berada di lengan bajunya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 123 – 124, hadis nombor 631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن إياس بن معاوية بن قرة قال: كنا عند عمر بن عبد العزيز فذكر عنده الحياء فقال: الحياء من الإيمان. فقال عمر: بل هو الدين كله. فقال إياس: حدثني أبي عن جدي قال: كُنَّا عِنْدَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذُكِرَ عِنْدَهُ الْحَيَاءُ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ الْحَيَاءُ مِنَ الدِّينِ؟ فَقَالَ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بَلْ هُوَ الدِّينُ كُلُّهُ ثم قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: إِنَّ الْحَيَاءَ وَالْعَفَافَ وَالْعِيَّ عن اللِّسَانِ لا عِيَّ الْقَلْبِ وَالْعَمَلَ مِنَ الإِيمَانِ وَإِنَّهُنَّ يَزِدْنَ فِي الآخِرَةِ، وَيُنْقِصْنَ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا يَزِدْنَ فِي الآخِرَةِ أَكْثَرُ مِمَّا يُنْقِصْنَ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّ الشُّحَّ والفُحشَ وَالْبَذَاءَ مِنَ النِّفَاقِ وَإِنَّهُنَّ يَزِدْنَ فِي الدُّنْيَا، وَيُنْقِصْنَ مِنَ الآخِرَةِ وَمَا يُنْقِصْنَ فِي الآخِرَةِ أَكْثَرُ مِمَّا يَزِدْنَ فِي الدُّنْيَا. قال إياس: أمرني عمر بن عبد العزيز، فأمليتها عليه فكتبها بخطه ثم صلى بنا الظهر والعصر وهي في كمه ما يضعها. [هب، ابن عساكر، الضعيفة (6277)]

(Munkar) Daripada Iyās ibn Mu‘āwiyah ibn Qurrah telah berkata: Kami berada bersama dengan ‘Umar ibn ‘Abd al-Azīz, lalu disebutkan di sisi beliau tentang sifat malu. Kemudian dia berkata: Sifat malu itu ialah sebahagian daripada iman. Lalu ‘Umar berkata: Bahkan sifat malu itu ialah agama secara keseluruhannya. Maka Iyās berkata: Bapaku telah menceritakan kepada aku daripada datuk ku, beliau berkata: Kami bersama dengan Nabi SAW lalu disebutkan tentang sifat malu di sisi Baginda SAW. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah sifat malu itu sebahagian daripada agama? Maka Nabi SAW telah bersabda: Bahkan iman ialah agama secara keseluruhannya. Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya perasaan malu, menjaga kehormatan diri dan kelemahan bertutur datang dari lidah bukan kelemahan hati. Beramal itu merupakan sebahagian daripada keimanan. Sesungguhnya ia menambahkan( pahala) di akhirat dan mengurangkan (ganjaran) daripada dunia. Perkara yang menambahkan pada akhirat adalah lebih banyak dari apa yang mengurangkan pada dunia. Sesungguhnya sifat kedekut, keji, dan ucapan yang kotor merupakan sebahagian daripada sifat munafik. Sifat akan menambahkan (habuan) pada dunia namun mengurangkan (pahala) di akhirat. Perkara yang mengurangkan pada akhirat lebih banyak daripada perkara yang menambahkan pada dunia. Iyas menceritakan: Umar ‘Abdul ‘Aziz telah memerintahkan aku menyampaikan hadith ini kepada beliau. Maka aku tuliskan hadith ini kepada beliau dan kemudian beliau menulis sendiri hadis tersebut. Kemudian beliau solat Zohor dan Asar bersama kami dalam keadaan kertas itu berada di lengan bajunya. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6277]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.