Batil munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sifat malu itu bahagian daripada iman, dan tiada keimanan bagi yang tidak memiliki sifat malu

Teks Bahasa Arab

الحياءُ شعبةٌ من الإيمانِ، ولا إيمانَ لمن لا حياءَ له.

Teks Bahasa Melayu

Sifat malu itu bahagian daripada iman, dan tiada keimanan bagi yang tidak memiliki sifat malu.

Sahabat Perawi

  1. Bapa Saudara Mujammi' ibn Jāriah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis no. 2798.

(باطل منکر) عن عم مجمع بن جارية - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «الحياء شعبة من الإيمان، ولا إيمان لمن لا حياء له». [أورده الماوردي في «الأمثال»، «الضعيفة»، (5644)].

(Batil Munkar) Daripada Bapa Saudara Mujammi' ibn Jāriah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Sifat malu itu bahagian daripada iman, dan tiada keimanan bagi yang tidak memiliki sifat malu”.” [Riwayat al-Māwardī dalam kitab al-Amthāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5644].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.