Sifat lemah lembut itu ialah perhiasan bagi orang alim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحلم زين للعالم ستر للجاهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sifat lemah lembut itu ialah perhiasan bagi orang alim dan juga penutup (keaiban) bagi orang jahil.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 126, hadis nombor 645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بحر السقاء قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الحلِمُ زَيْنٌ للعالِمِ سَتْرٌ للجاهِلِ. [عد، الضعيفة (6099)

(Munkar) Daripada Baḥr al-Saqqā’ telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sifat lemah lembut itu ialah perhiasan bagi orang alim dan juga penutup (keaiban) bagi orang jahil.[Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6099]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.