Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحلِمُ زَيْنٌ للعالِمِ، سَتْرٌ للجاهِلِ.
Teks Bahasa Melayu
Sifat lemah lembut itu ialah perhiasan bagi orang alim dan juga penutup (keaiban) bagi orang jahil.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 126, hadis no. 645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بحر السقاء قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الحلِمُ زَيْنٌ للعالِمِ سَتْرٌ للجاهِلِ. [عد، الضعيفة (6099)
(Munkar) Daripada Baḥr al-Saqqā’ telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sifat lemah lembut itu ialah perhiasan bagi orang alim dan juga penutup (keaiban) bagi orang jahil.[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6099]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman