TEKS BAHASA ARAB
الحلم والتؤدة من النبوة، ومن عجل، فقد أخطأ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sifat lemah lembut dan kasih sayang adalah antara sifat kenabian. Dan sesiapa yang tergopoh-gapah, maka dia telah melakukan kesalahan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis nombor 571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن قتادة، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الحلم والتؤدة من النبوة، ومن عجل، فقد أخطأ.
[علقه الماوردي في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (5648)]
(Lemah)
Daripada Qatadah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sifat lemah lembut dan kasih sayang adalah antara sifat kenabian. Dan sesiapa yang tergopoh-gapah, maka dia telah melakukan kesalahan.
[Riwayat oleh al-Mawardi dalam al-Amthal secara mu‘allaq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5648]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.