Daif Atau Lebih Berat
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرِّفْقُ يُمْنٌ، والخَرْقُ شُؤْمٌ، وإذا أراد اللهُ بأهلِ بيتٍ خيرًا أَدْخَلَ عليهم الرِّفْقَ، إن الرِّفْقَ لم يكن في شيءٍ إلا زانَهُ، والخَرْقَ لم يكن في شيءٍ قَطُّ إلا شانَهُ، وإن الحياءَ من الإيمانِ، وإن الإيمانَ في الجنةِ، ولو كان الحياءُ رجلًا لكان صالحًا، وإن الفُحْشَ من الفُجُورِ، وإن الفُجُورَ في النارِ، ولو كان الفُحْشُ رجلًا يمشي في الناسِ لكان رجلًا سُوءًا، وإن اللهَ لم يَخْلُقْنِي فَحَّاشًا.
Teks Bahasa Melayu
Sifat lemah lembut adalah satu kebaikan, manakala perangai jahat adalah satu keburukan. Dan apabila Allah SWT mahukan kepada sesebuah keluarga kebaikan, Allah SWT akan memasukkan kepada mereka sifat berlemah lembut. Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia akan memperindahkannya. Manakala sifat jahat tidak akan berada pada sesuatu melainkan ia akan memburukkannya. Sesungguhnya perasaan malu merupakan sebahagian daripada keimanan dan sesungguhnya keimanan itu berada di dalam syurga. Sekiranya perasaan malu itu merupakan seorang lelaki, nescaya ia menjadi seorang lelaki yang soleh. Dan sesungguhnya perkara keji itu adalah daripada kejahatan dan kejahatan itu berada di dalam neraka. Sekiranya kejahatan itu merupakan seorang lelaki yang berjalan dalam kalangan manusia, nescaya dia seorang lelaki yang jahat. Dan sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan aku sebagai seorang lelaki yang keji
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Atau Lebih Berat
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 65 - 66, hadis no. 299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف أو أشد) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((الرفق يمن، والخرق شؤم، وإذا أراد الله بأهل بيت خيراً أدخل عليهم الرفق، إن الرفق لم يكن في شيء إلا زانه، والخرق لم يكن في شيء قط إلا شانه، وإن الحياء من الإيمان، وإن الإيمان في الجنة، ولو كان الحياء رجلاً لكان صالحاً، وإن الفحش من الفجور، وإن الفجور في النار، ولو كان الفحش رجلاً يمشي في الناس لكان رجلاً سوءاً، وإن الله لم يخلقني فحاشاً)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (3889)].
(Daif Atau Lebih Berat) Daripada ‘Ā’ishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sifat lemah lembut adalah satu kebaikan, manakala perangai jahat adalah satu keburukan. Dan apabila Allah SWT mahukan kepada sesebuah keluarga kebaikan, Allah SWT akan memasukkan kepada mereka sifat berlemah lembut. Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia akan memperindahkannya. Manakala sifat jahat tidak akan berada pada sesuatu melainkan ia akan memburukkannya. Sesungguhnya perasaan malu merupakan sebahagian daripada keimanan dan sesungguhnya keimanan itu berada di dalam syurga. Sekiranya perasaan malu itu merupakan seorang lelaki, nescaya ia menjadi seorang lelaki yang soleh. Dan sesungguhnya perkara keji itu adalah daripada kejahatan dan kejahatan itu berada di dalam neraka. Sekiranya kejahatan itu merupakan seorang lelaki yang berjalan dalam kalangan manusia, nescaya dia seorang lelaki yang jahat. Dan sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan aku sebagai seorang lelaki yang keji.)) [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3889].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman