Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sibukkan diri dengan membaca al-Qur'an dan berzikir kepada Allah SWT

Teks Bahasa Arab

يقولُ الربُّ عز وجل: من شَغَلَهُ القرانُ وذِكْرِى عن مسألتى أعطَيْتُه أفضلَ ما أُعْطِى السائلينَ، وفضلُ كلامِ اللهِ على سائرِ الكلامِ، كفضلِ اللهِ على خلقِه.

Teks Bahasa Melayu

Tuhan 'azza wa jalla berfirman: Sesiapa yang sibukkan dirinya dengan membaca al-Qur'an dan berzikir kepada-Ku kerana meminta kepada-Ku, Aku pasti akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih baik berbanding yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan kelebihan Kalam Allah berbanding kalam-kalam yang lain adalah seperti kelebihan Allah berbanding makhluk-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1421, hadis no. 7215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: يقول الرب عز وجل: من شغله القرآن وذكري عن مسألتى أعطيته أفضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله على سائر الكلام، كفضل الله على خلقه. [ت، الدارمي، ابن نصر في ((قيام الليل))، عق، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (1335)]

(Lemah) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tuhan 'azza wa jalla berfirman: Sesiapa yang sibukkan dirinya dengan membaca al-Qur'an dan berzikir kepada-Ku kerana meminta kepada-Ku, Aku pasti akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih baik berbanding yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan kelebihan Kalam Allah berbanding kalam-kalam yang lain adalah seperti kelebihan Allah berbanding makhluk-Nya. [Riwayat al-Tirmizi, al-Darimiy, Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, dan al-Baihaqi dalam al-Asma' Wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1335]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.