Siapakah yang seperti Abu Bakr? Manusia mendustakanku sedangkan dia membenarkanku, beriman bersamaku dan mengahwinkan aku dengan anaknya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ومن مثل أبي بكر، كذبني الناس وصدقني، وآمن بي وزوجني، ابنته، وأنفق ماله، وجاهد معي في جيش العسرة، إلا أنه يأتي يوم القيامة على ناقة من نوق الجنة، قوائمها من المسك والعنبر، ورجلها من الزمرد الأخضر، وزمامها من اللؤلؤ الرطب، عليه حلتان خضراوان من سندس وإستبرق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Siapakah yang seperti Abu Bakar? Orang ramai mendustakan aku sedangkan dia membenarkanku. Dia beriman denganku dan mengahwinkan aku dengan anaknya. Dia menginfakkan hartanya dan berjihad bersamaku dalam Jaisy al-‘Usrah. Dia akan datang pada hari kiamat dengan menaiki salah satu unta-unta syurga. Tiangnya diperbuat daripada kasturi dan wangian. Kakinya diperbuat daripada batu delima berwarna hijau. Tali kekangnya pula adalah daripada mutiara dan di atasnya ada dua kain hijau yang diperbuat daripada sutera.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 333, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا. وفي إسناده: إسحاق بن بشر ابن مقاتل، وضاع.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Ishaq bin Bisyr bin Muqatil, seorang pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs