Siapakah yang selamat dalam kalangan umatmu?

TEKS BAHASA ARAB

يكون في رمضان صوت، قالوا: في أوله أو في وسطه أو في آخره؟ قال: لا؛ بل في النصف من رمضان، إذا كان ليلة النصف ليلة الجمعة؛ يكون صوت من السماء يصعق له سبعون ألفا، ويخرس سبعون ألفا. ويعمى سبعون ألفا، ويصم سبعون ألفا. قالوا: فمن السالم من أمتك؟ قال: من لزم بيته، وتعوذ بالسجود، وجهر بالتكبير لله. ثم يتبعه صوت آخر. والصوت الأول صوت جبريل، والثاني صوت الشيطان. فالصوت في رمضان، والمعمعة في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، ويغار على الحجاج في ذي الحجة، وفي المحرم، وما المحرم؟ أوله بلاء على أمتي، وآخره فرح لأمتي، الراحلة في ذلك الزمان بقتبها ينجو عليها المؤمن خير له من دسكرة تقل مائة ألف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan ada bunyi suara pada bulan Ramadhan, mereka bertanya: Pada awalnya atau pertengahannya atau akhirnya? Baginda bersabda: Tidak, bahkan pada pertengahan Ramadhan. Apabila malam pertengahan Ramadhan berlaku pada malam hari Jumaat, akan ada bunyi suara daripada langit yang akan mengejutkan 70 ribu orang, membisukan 70 ribu orang, membutakan 70 ribu orang dan memekakkan 70 ribu orang. Mereka bertanya: Lalu siapakah yang selamat dalam kalangan umatmu? Baginda bersabda: Orang yang sentiasa berada di rumahnya, meminta perlindungan dengan cara sujud, menyaringkan suara takbir kepada Allah. Kemudian diikuti oleh suara lain. Suara pertama tadi adalah suara Jibril dan kedua pula adalah suara syaitan. Suara itu berlaku pada bulan Ramadhan, huru-hara berlaku pada bulan Syawal, perpecahan kabilah-kabilah berlaku pada bulan Zulkaedah, serangan terhadap orang-orang yang melakukan haji pada bulan Zulhijjah dan pada bulan Muharram. Apa yang berlaku pada Muharram? Awal bulan tersebut adalah bala terhadap umatku dan penghujungnya adalah kegembiraan bagi umatku. Orang yang berpergian pada zaman itu ketika diselamatkan oleh orang beriman adalah lebih baik baginya berbanding rumah yang menampung sebanyak 100 ribu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1387, hadis nombor 7045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن فيروز الديلمي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يكون في رمضان صوت، قالوا: في أوله أو في وسطه أو في آخره؟ قال: لا؛ بل في النصف من رمضان، إذا كان ليلة النصف ليلة الجمعة؛ يكون صوت من السماء يصعق له سبعون ألفا، ويخرس سبعون ألفا. ويعمى سبعون ألفا، ويصم سبعون ألفا. قالوا: فمن السالم من أمتك؟ قال: من لزم بيته، وتعوذ بالسجود، وجهر بالتكبير لله. ثم يتبعه صوت آخر. والصوت الأول صوت جبريل، والثاني صوت الشيطان. فالصوت في رمضان، والمعمعة في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، ويغار على الحجاج في ذي الحجة، وفي المحرم، وما المحرم؟ أوله بلاء على أمتي، وآخره فرح لأمتي، الراحلة في ذلك الزمان بقتبها ينجو عليها المؤمن خير له من دسكرة تقل مائة ألف.
[طب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6179)]

(Palsu)
Daripada Fairuz al-Dailami RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Akan ada bunyi suara pada bulan Ramadhan, mereka bertanya: Pada awalnya atau pertengahannya atau akhirnya? Baginda bersabda: Tidak, bahkan pada pertengahan Ramadhan. Apabila malam pertengahan Ramadhan berlaku pada malam hari Jumaat, akan ada bunyi suara daripada langit yang akan mengejutkan 70 ribu orang, membisukan 70 ribu orang, membutakan 70 ribu orang dan memekakkan 70 ribu orang. Mereka bertanya: Lalu siapakah yang selamat dalam kalangan umatmu? Baginda bersabda: Orang yang sentiasa berada di rumahnya, meminta perlindungan dengan cara sujud, menyaringkan suara takbir kepada Allah. Kemudian diikuti oleh suara lain. Suara pertama tadi adalah suara Jibril dan kedua pula adalah suara syaitan. Suara itu berlaku pada bulan Ramadhan, huru-hara berlaku pada bulan Syawal, perpecahan kabilah-kabilah berlaku pada bulan Zulkaedah, serangan terhadap orang-orang yang melakukan haji pada bulan Zulhijjah dan pada bulan Muharram. Apa yang berlaku pada Muharram? Awal bulan tersebut adalah bala terhadap umatku dan penghujungnya adalah kegembiraan bagi umatku. Orang yang berpergian pada zaman itu ketika diselamatkan oleh orang beriman adalah lebih baik baginya berbanding rumah yang menampung sebanyak 100 ribu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6179]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs