Siapakah yang kalian kira sebagai syahid dari kalangan kalian?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تعدون الشهيد فيكم؟ قالوا: من أصابه السلاح قال: كم ممن أصابه السلاح وليس بشهيد ولا حميد، وكم ممن مات على فراشه حتف أنفه عند الله صديق شهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapakah yang kalian kira sebagai syahid dari kalangan kalian? Mereka menjawab: Sesiapa yang tertusuk dengan senjata. Baginda bersabda: Berapa ramai yang tertusuk senjata tetapi dia bukan orang yang syahid, dia juga bukan orang yang terpuji. Berapa ramai pula yang mati di atas katilnya secara biasa tetapi di sisi Allah itu dikira seorang yang jujur dan syahid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis nombor 5167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: من تعدون الشهيد فيكم؟ قالوا: من أصابه السلاح قال: كم ممن أصابه السلاح وليس بشهيد ولا حميد وكم ممن مات على فراشه حتف أنفه عند الله صديق شهيد. [حل، الضعيفة (4122)].

(Lemah) Daripada Abu Dzarr RA, beliau berkata berkata: Rasulullah SAW bersabda: Siapakah yang kalian kira sebagai syahid dari kalangan kalian? Mereka menjawab: Sesiapa yang tertusuk dengan senjata. Baginda bersabda: Berapa ramai yang tertusuk senjata tetapi dia bukan orang yang syahid, dia juga bukan orang yang terpuji. Berapa ramai pula yang mati di atas katilnya secara biasa tetapi di sisi Allah itu dikira seorang yang jujur dan syahid. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hulyah. Lihat Silsilah al-Dhai’fah, no. 4122]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.