Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تعدون الشهيد فيكم؟ قالوا: من أصابه السلاح قال: كم ممن أصابه السلاح وليس بشهيد ولا حميد، وكم ممن مات على فراشه حتف أنفه عند الله صديق شهيد.
Teks Bahasa Melayu
Siapakah yang kalian kira sebagai syahid dari kalangan kalian? Mereka menjawab: Sesiapa yang tertusuk dengan senjata. Baginda bersabda: Berapa ramai yang tertusuk senjata tetapi dia bukan orang yang syahid, dia juga bukan orang yang terpuji. Berapa ramai pula yang mati di atas katilnya secara biasa tetapi di sisi Allah itu dikira seorang yang jujur dan syahid.
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis no. 5167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: من تعدون الشهيد فيكم؟ قالوا: من أصابه السلاح قال: كم ممن أصابه السلاح وليس بشهيد ولا حميد وكم ممن مات على فراشه حتف أنفه عند الله صديق شهيد. [حل، الضعيفة (4122)].
(Lemah) Daripada Abu Dzarr RA, beliau berkata berkata: Rasulullah SAW bersabda: Siapakah yang kalian kira sebagai syahid dari kalangan kalian? Mereka menjawab: Sesiapa yang tertusuk dengan senjata. Baginda bersabda: Berapa ramai yang tertusuk senjata tetapi dia bukan orang yang syahid, dia juga bukan orang yang terpuji. Berapa ramai pula yang mati di atas katilnya secara biasa tetapi di sisi Allah itu dikira seorang yang jujur dan syahid. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hulyah. Lihat Silsilah al-Dhai’fah, no. 4122]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman