Siapakah yang boleh aku tinggalkan untuk menjaga keluargaku?

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله تعالى إلى آدم عليه السلام؛ أن يا آدم! حج هذا البيت قبل أن يحدث بك حدث الموت. قال: وما يحدث علي يا ربي؟! قال: ما لا تدري، وهو الموت. قال: وما الموت؟ قال: سوف تذوقه. قال: من أستخلف في أهلي؟ قال: اعرض ذلك على السماوات والأرض والجبال؛ فعرض على السماوات فأبت، وعرض على الأرض فأبت، وعرض على الجبال فأبت، وقبله ابنه؛ قاتل أخيه، فخرج آدم عليه السلام من أرض الهند حاجا، فما نزل منزلا أكل فيه وشرب؛ إلا صار عمرانا بعده وقرى، حتى قدم مكة؛ فاستقبلته الملائكة بالبطحاء، فقالوا: السلام عليك يا آدم! بر حجك، أما إنا قد حججنا هذا البيت قبلك بألفي عام. – قال أنس رضي الله عنه -: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: والبيت يؤمئذ ياقوتة حمراء جوفاء، لها بابان، من يطوف يرى من في جوف البيت، ومن في جوف البيت يرى من يطوف -؛ فقضى آدم نسكه؛ فأوحى الله إليه: يا آدم! قضيت نسكك؟ قال: نعم يا رب! قال: فسل حاجتك تعط. قال: حاجتي أن تغفر لي ذنبي وذنب ولدي. قال: أما ذنبك يا آدم؛ فقد غفرناه حين وقعت بذنبك، وأما ذنب ولدك؛ فمن عرفني، وآمن بي، وصدق رسلي وكتابي؛ غفرنا له ذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada Adam AS: Wahai Adam! Tunaikanlah haji di Baitullah ini sebelum berlaku kepadamu kejadian kematian. Adam bertanya: Wahai Tuhanku! Apakah yang akan berlaku kepadaku? Allah berfirman: Sesuatu yang engkau tidak ketahui iaitu kematian. Adam bertanya: Apakah itu kematian? Allah berfirman: Kamu akan merasainya. Adam bertanya: Siapakah yang boleh aku tinggalkan untuk menjaga keluargaku? Allah berfirman: Tanyakanlah kepada langit-langit, bumi dan gunung ganang. Lalu Adam pun bertanya kepada langit-langit, namun ia menolak. Adam bertanya pula kepada bumi, ia juga menolak dan Adam bertanya kepada gunung-ganang, ia juga menolak. Anak lelakinya yang telah membunuh saudaranya pun menyetujuinya. Lalu Adam AS pun keluar daripada negeri Hind melakukan haji. Tidaklah Adam berhenti di satu tempat untuk makan dan minum melainkan tempat itu membangun selepasnya dan menjadi kampung hinggalah beliau sampai ke Makkah. Lalu malaikat menemuinya di Batha’. Malaikat berkata: Salam sejahtera kepadamu, wahai Adam! Semoga hajimu diberikan kebaikan. Kamu telah pun melakukan haji di Baitullah ini 2000 tahun sebelummu. Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Baitullah ketika itu diperbuat daripada permata Yaqut merah yang berongga, ia mempunyai dua pintu. Sesiapa yang tawaf dia akan melihat orang yang berada dalam perut Baitullah dan sesiapa yang berada dalam Baitullah boleh melihat siapa yang sedang tawaf. Lalu Adam selesai melakukan hajinya. Allah pun mewahyukan kepadanya: Wahai Adam! Kamu telah selesaikan hajimu? Adam menjawab: Ya, wahai Tuhanku! Allah berfirman: Mintalah hajatmu, kamu akan diberikan. Adam pun berkata: Hajatku adalah agar Engkau mengampuni dosaku dan dosa anak lelakiku. Allah berfirman: Adapun dosamu, wahai Adam maka Aku telah ampunkan semenjak engkau melakukan dosamu lagi. Manakala, dosa anak lelakimu, sesiapa yang mengenaliKu, beriman denganKu, dan membenarkan para rasulKu dan KitabKu, maka Kami berikan keampunan terhadap dosanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1285 – 1286, hadis nombor 6581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: أوحى الله تعالى إلى آدم عليه السلام؛ أن يا آدم! حج هذا البيت قبل أن يحدث بك حدث الموت. قال: وما يحدث علي يا ربي؟! قال: ما لا تدري، وهو الموت. قال: وما الموت؟ قال: سوف تذوقه. قال: من أستخلف في أهلي؟ قال: اعرض ذلك على السماوات والأرض والجبال؛ فعرض على السماوات فأبت، وعرض على الأرض فأبت، وعرض على الجبال فأبت، وقبله ابنه؛ قاتل أخيه، فخرج آدم عليه السلام من أرض الهند حاجا، فما نزل منزلا أكل فيه وشرب؛ إلا صار عمرانا بعده وقرى، حتى قدم مكة؛ فاستقبلته الملائكة بالبطحاء، فقالوا: السلام عليك يا آدم! بر حجك، أما إنا قد حججنا هذا البيت قبلك بألفي عام. – قال أنس رضي الله عنه -: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: والبيت يؤمئذ ياقوتة حمراء جوفاء، لها بابان، من يطوف يرى من في جوف البيت، ومن في جوف البيت يرى من يطوف -؛ فقضى آدم نسكه؛ فأوحى الله إليه: يا آدم! قضيت نسكك؟ قال: نعم يا رب! قال: فسل حاجتك تعط. قال: حاجتي أن تغفر لي ذنبي وذنب ولدي. قال: أما ذنبك يا آدم؛ فقد غفرناه حين وقعت بذنبك، وأما ذنب ولدك؛ فمن عرفني، وآمن بي، وصدق رسلي وكتابي؛ غفرنا له ذنبه.
[الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5164)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada Adam AS: Wahai Adam! Tunaikanlah haji di Baitullah ini sebelum berlaku kepadamu kejadian kematian. Adam bertanya: Wahai Tuhanku! Apakah yang akan berlaku kepadaku? Allah berfirman: Sesuatu yang engkau tidak ketahui iaitu kematian. Adam bertanya: Apakah itu kematian? Allah berfirman: Kamu akan merasainya. Adam bertanya: Siapakah yang boleh aku tinggalkan untuk menjaga keluargaku? Allah berfirman: Tanyakanlah kepada langit-langit, bumi dan gunung ganang. Lalu Adam pun bertanya kepada langit-langit, namun ia menolak. Adam bertanya pula kepada bumi, ia juga menolak dan Adam bertanya kepada gunung-ganang, ia juga menolak. Anak lelakinya yang telah membunuh saudaranya pun menyetujuinya. Lalu Adam AS pun keluar daripada negeri Hind melakukan haji. Tidaklah Adam berhenti di satu tempat untuk makan dan minum melainkan tempat itu membangun selepasnya dan menjadi kampung hinggalah beliau sampai ke Makkah. Lalu malaikat menemuinya di Batha’. Malaikat berkata: Salam sejahtera kepadamu, wahai Adam! Semoga hajimu diberikan kebaikan. Kamu telah pun melakukan haji di Baitullah ini 2000 tahun sebelummu. Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Baitullah ketika itu diperbuat daripada permata Yaqut merah yang berongga, ia mempunyai dua pintu. Sesiapa yang tawaf dia akan melihat orang yang berada dalam perut Baitullah dan sesiapa yang berada dalam Baitullah boleh melihat siapa yang sedang tawaf. Lalu Adam selesai melakukan hajinya. Allah pun mewahyukan kepadanya: Wahai Adam! Kamu telah selesaikan hajimu? Adam menjawab: Ya, wahai Tuhanku! Allah berfirman: Mintalah hajatmu, kamu akan diberikan. Adam pun berkata: Hajatku adalah agar Engkau mengampuni dosaku dan dosa anak lelakiku. Allah berfirman: Adapun dosamu, wahai Adam maka Aku telah ampunkan semenjak engkau melakukan dosamu lagi. Manakala, dosa anak lelakimu, sesiapa yang mengenaliKu, beriman denganKu, dan membenarkan para rasulKu dan KitabKu, maka Kami berikan keampunan terhadap dosanya.
[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5164]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs