Siapakah manusia yang paling zuhud di dunia?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أزهد الناس في العالم؟ فقال صلى الله عليه وآله وسلم: أهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Siapakah manusia yang paling zuhud di dunia?. Nabi SAW bersabda : Ahli keluarganya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 278, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن جابر مرفوعًا، وأبو نعيم عن أبي الدرداء مرفوعًا بلفظ: أزهد الناس في العالم أهله. قال الديلمي: وفي الباب عن أسامة بن زيد، وأبي هريرة. وفي إسناده باللفظ الأول: المنذر بن زياد، وهو كذاب.

Ibn ‘Adi meriwayatkannya daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Abu Darda’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dengan lafaz, manusia yang paling zuhud di dunia adalah ahli keluarganya. Al-Dailami berkata: Pada bab ini (hadith ini) ada riwayat daripada Usamah bin Zaid dan Abu Hurairah. Dan dalam sanad tersebut dengan lafaz yang pertama ada perawi bernama Al-Munzir bin Ziyad. Beliau adalah seorang pendusta dan pereka hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.