TEKS BAHASA ARAB
نعم الرجل هذا، وليس به، ولكن أفضل الناس رجل يعطي جهده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik lelaki adalah orang ini, dan tidak mengapa, tetapi manusia yang paling baik adalah lelaki yang memberikan kesungguhannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 44, hadis nombor 173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأصحابه: أي الناس خير؟ قالوا: يا رسول الله! رجل يعطي ماله و نفسه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نعم الرجل هذا، وليس به، ولكن أفضل الناس رجل يعطي جهده)).
[الطيالسي، أبو نعيم في ((أخبار الأصبهان))، ((الضعيفة)) (2852)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bertanya kepada para sahabat Baginda SAW: “Siapakah manusia yang paling baik?” Mereka telah menjawab: “Wahai Rasulullah, seorang lelaki yang memberikan harta dan jiwanya.” Lalu Rasulullah SAW telah bersabda: “Sebaik-baik lelaki adalah orang ini, dan tidak mengapa, tetapi manusia yang paling baik adalah lelaki yang memberikan kesungguhannya.”
[Riwayat al-Ṭayālisī, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2852]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.