Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Siapa yang tidak memuji Allah atas amal soleh yang dikerjakannya, dan memuji dirinya sendiri; syukurnya akan berkurang dan amalannya akan sia-sia

Teks Bahasa Arab

مَن لم يحمَدِ اللَّهَ علَى ما عمَلَ من عملٍ صالحٍ ، وحمِدَ نفسَهُ ؛ قلَّ شكرُهُ وحبِطَ عملُهُ ، ومن زعَم أنَّ اللهَ جعلَ للعبادِ مِن الأمرِ شيئًا ؛ فقَد كفَرَ بما أنزلَ اللهُ على أنبيائِهِ ؛ لقولِهِ : أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Siapa yang tidak memuji Allah atas amal soleh yang dikerjakannya, dan memuji dirinya sendiri; syukurnya akan berkurang dan amalannya akan sia-sia. Dan siapa yang menyangka bahawa sesungguhnya Allah menjadikan untuk hamba-Nya sesuatu; maka dia telah kafir terhadap apa yang Allah turunkan untuk para nabi-Nya; kerana ayat {ketahuilah hanya bagi-Nya lah penciptaan dan arahan, maha berkatlah Allah Tuhan sekelian alam} (surah al-Aaraf 7:54)

Sahabat Perawi

  1. Sa'id al-Shami RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 553, hadis no. 2882.

(موضوع) عن عبد العزيز الشامي عن أبيه – وكانت له صحبة -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من لم يحمد الله على ما عمل من عمل صالح، وحمد نفسه؛ قل شكره وحبط عمله، ومن زعم أن الله جعل للعباد من الأمر شيئا؛ فقد كفر بما أنزل الله على أنبيائه؛ لقوله: {ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العلمين})). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (6064)]

(Palsu) Daripada ‘Abd al-Aziz al-Shami daripada bapanya (yang sempat bersahabat dengan Nabi), beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak memuji Allah atas amal soleh yang dikerjakannya, dan memuji dirinya sendiri; syukurnya akan berkurang dan amalannya akan sia-sia. Dan siapa yang menyangka bahawa sesungguhnya Allah menjadikan untuk hamba-Nya sesuatu; maka dia telah kafir terhadap apa yang Allah turunkan untuk para nabi-Nya; kerana ayat {ketahuilah hanya bagi-Nya lah penciptaan dan arahan, maha berkatlah Allah Tuhan sekelian alam} (surah al-Aaraf 7:54).” [Riwayat ibn Jarir al-Tabari dalam Tafsir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6064]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.