Siapa yang menziarahi ulama, maka seolah-olah dia menziarahiku

TEKS BAHASA ARAB

من زار العلماء فكأنما زارني، ومن صافح العلماء فكأنما صافحني، ومن جالس العلماء فكأنما جالسني، ومن جالسني في الدنيا أجلس إلي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang menziarahi ulama, maka seolah-olah dia menziarahiku. Siapa yang berjabat tangan ulama, maka seolah-olah dia menjabat tanganku. Dan siapa yang duduk bersama ulama, maka seolah-olah dia telah duduk bersamaku dan siapa yang duduk bersamaku di dunia, dia akan didudukkan kepadaku pada hari kiamat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 183, hadis nombor 335. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه حفص كذاب، كذا في الذيل.

Padanya ada Hafs, seorang pendusta. Beginilah dalam kitab al-Zayl.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs