Siapa yang menuntut darah atau Khabal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من طلب دما، أو خبلا والخبل: الجرح فهو بالخيار من ثلاث خلال، فإن أراد الرابعة أخذ على يديه أو قال فوق يديه: بين أن يقتص، أو يعفو، أو يأخذ بالعقل، فإن أخذ منهم واحدا ثم اعتدى بعد ذلك، فله النار خالدا فيها مخلدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menuntut darah atau Khabal – dan al-Khabal – ialah kecederaan – maka dia diberi pilihan tiga perkara. Sekiranya dia mahu yang keempat, maka kedua tangannya dihalang. Atau baginda berkata: (halangan) atas kedua tangannya. Iaitu sama ada dia jalankan qisas atau dia memaafkan atau dia mengambil diyat. Sekiranya dia mengambil salah satu daripadanya kemudian dia melakukan kejahatan selepas itu (membalas dendam) maka neraka buatnya. Dia kekal selamanya di dalam neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 168, hadis nombor 839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي شريح الخزاعي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من طلبَ دمًا، أو خبْلًا والخبْلُ: الجُرْحُ فهوَ بالخيارِ من ثلاثِ خلالٍ، فإن أرادَ الرابعةَ أُخِذَ على يدَيهِ أو قال فوقَ يدَيه: بين أن يقتصَّ، أو يَعفوَ، أو يأخذَ بالعقلِ، فإن أخذَ منهم واحدًا ثم اعتدى بعد ذلكَ، فلهُ النارُ خالدًا فيها مخلَّدًا.
[عب، ((الضعيفة)) (6938)]

(Munkar)
Daripada Abu Syuraih al-Khuza‘iy RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menuntut darah atau Khabal – dan al-Khabal – ialah kecederaan – maka dia diberi pilihan tiga perkara. Sekiranya dia mahu yang keempat, maka kedua tangannya dihalang. Atau baginda berkata: (halangan) atas kedua tangannya. Iaitu sama ada dia jalankan qisas atau dia memaafkan atau dia mengambil diyat. Sekiranya dia mengambil salah satu daripadanya kemudian dia melakukan kejahatan selepas itu (membalas dendam) maka neraka buatnya. Dia kekal selamanya di dalam neraka.
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6938]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.