TEKS BAHASA ARAB
من أفرد الإقامة فليس منا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Siapa yang menjadikan iqamah sekali makan, dia bukan dari kalangan kami.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 180, hadis nombor 322. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، كذا في اللآلىء. وكذا حديث جابر في ثواب المؤذن بطوله. موضوع.
Palsu. Beginilah dalam kitab al-Laali’ dan beginilah hadis Jabir tentang ganjaran tukang azan dengan versi panjang. Palsu.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.