TEKS BAHASA ARAB
من سر مؤمنا فإنما يسر الله، ومن عظم مؤمنا فإنما يعظم الله، ومن أكرم مؤمنا فإنما يكرم الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Siapa yang menggembirakan seorang yang beriman maka sesungguhnya dia menggembirakan Allah, siapa yang mengagungkan seorang yang beriman, maka sesungguhnya dia mengagungkan Allah dan siapa yang memuliakan seorang yang beriman, maka sesungguhnya dia memuliakan Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 185, hadis nombor 339. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو كذب بين، كذا في الذيل.
Ia adalah dusta seperti yang dijelaskan dalam kitab al-Zayl.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.