TEKS BAHASA ARAB
من سر المؤمن فقد سرني، ومن سرني فقد سر الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Siapa yang menggembirakan seorang yang beriman maka dia telah menggembirakanku dan siapa yang menggembirakanku maka dia telah menggembirakan Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 185, hadis nombor 340. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حبان: سمعت جعفر بن أبان يملي: حدثنا محمد بن رمح، حدثنا الليث، عن نافع، عن ابن عمر، فقلت: يا شبخ اتق الله ولا تكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: لست مني في حل! أنتم تحسدونني لإسنادي، فخوفته بالسلطان حتى خلف لا يحدث بمكة.
Ibn Hibban berkata: Aku telah mendengar Ja’far bin Aban meriwayatkan: Muhammad bin Rumhin telah menceritakan kepada kami, al-Layth menceritakan kepada kami daripada Nafi’, daripada Ibn ‘Umar, lalu aku berkata: Ya syeikh! Bertaqwalah kepada Allah dan janganlah engkau berdusta terhadap Rasulullah SAW. Lalu dia berkata: Bagiku engkau bukan dari keadaan halal dariku! Kalian iri hati terhadapku kerana sanadku. Lalu aku gertak dia dengan sultan hinggalah dia bersumpah tidak lagi meriwayatkan hadis di Mekah.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.