Siapa yang mengambil sepotongan atau bahagian makanan daripada saluran najis atau air kencing

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أخذ لقمة أو كسرة من مجرى الغائط أو البول فأماط عنها الأذى وغسلها غسلا نقيا ثم أكلها لم تستقر في بطنه حتى يغفر له.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Siapa yang mengambil sepotongan atau bahagian makanan daripada saluran najis atau air kencing, lalu dia menghilangkan kekotoran daripadanya, membasuhnya dengan basuhan yang suci, kemudian dia memakannya, tidaklah kekal di dalam perutnya sehingga diampun dosanya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 158, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه أبو يعلى عن فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم ورضي عنها مرفوعا وهو موضوع في إسناده: وهب بن وهب القاضي أبو البختري وضاع كذاب.
وروى نحوه الديلمي من حديث ابن مسعود وفي إسناده كذاب آخر.

Abu Ya’la meriwayatkan dari Fatimah Binti Rasullullah SAW RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) bahawa hadith ini palsu dan pada sanadnya terdapat Wahab bin Wahab al-Qadi Abu Bakhtari iaitu seorang pereka hadith palsu dan pendusta.
Al-Dailami meriwayatkan seumpamanya dari hadith Ibn Mas’ud dan pada sanadnya terdapat pendusta lain.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs