Siapa yang menasihati seorang yang jahil, dia akan memusuhinya

TEKS BAHASA ARAB

من نصح جاهلا عاداه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang menasihati seorang yang jahil, dia akan memusuhinya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 194, hadis nombor 367. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

جاء عن بعض السلف وليس في شيء من المستندات وفي المقاصد لا أستحضره.

Ia telah datang daripada sebahagian salaf dan tiada pada sesuatu yang bersanad dan dalam kitab al-Maqasid: Aku tidak mengingatinya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs