Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ نظر إلى عورةِ أخيهِ مُتعمدًا؛ لمْ يتقبلِ اللهُ لهُ صلاةً أربعينَ ليلةً.
Teks Bahasa Melayu
Siapa yang melihat kepada aurat saudaranya secara sengaja, Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 malam.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2014, hadis no. 10110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: من نظر إلى عورة أخيه متعمداً؛ لم يتقبل الله له صلاة أربعين ليلة. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3328)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW berkata, Siapa yang melihat kepada aurat saudaranya secara sengaja, Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 malam. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3328]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman