Siapa yang melihat kafir mu’ahid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من رأى معاهدا فقال : الحمد لله الذي فضلني عليك بالإسلام وبالقرآن وبمحمد صلى الله عليه وسلم ؛ لم يجمع الله بينه وبينه في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang melihat kafir mu’ahid (yang ada perjanjian dengan Islam) lalu dia berkata: “Segala pujian bagi Allah yang melebihkanku atasmu dengan Islam, dengan al-Qur’an, dan dengan Muhammad SAW”, nescaya Allah tidak akan menghimpunkannya dengan orang itu di dalam neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 553, hadis nombor 2878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من رأى معاهدا فقال: الحمد لله الذي فضلني عليك بالإسلام وبالقرآن وبمحمد صلى الله عليه وسلم، لم يجمع الله بينه وبينه فى النار)).
[الخليلي في ((الإرشاد))، ((الضعيفة (6132)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang melihat kafir mu’ahid (yang ada perjanjian dengan Islam) lalu dia berkata: “Segala pujian bagi Allah yang melebihkanku atasmu dengan Islam, dengan al-Qur’an, dan dengan Muhammad SAW”, nescaya Allah tidak akan menghimpunkannya dengan orang itu di dalam neraka.”
[Riwayat al-Khalily dalam kitab al-Irshad. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6132]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.